Saturday, July 24, 2010

Perlawanan Bowling

25 Julai 2010 - Kelab HCM menganjurkan aktiviti sukan untuk staf HCM dan juga ahli keluarga staf. Aktiviti ini yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru bukan sahaja pertandingan Bowling untuk orang dewasa, tetapi juga turut mengadakan pertandingan untuk anak-anak staf seperti peraduan mewarna. Aktiviti ini bermula pada jam 9:00 pagi dan berakhir sehingga jam 1:00 petang.

Perlawanan Bowling kumpulan wanita telah dimenangi oleh Kumpulan Wonder Girls (579 mata). Kumpulan ini terdiri daripada Nur Shahida, Nurul Ain, Siti Wahidha, dan.Ana. Bagi best baller wanita telah dimenangi oleh Cik Siti Aishah Md. Johari dengan nilai mata tertinggi sebanyak 214 pin.


Manakala kumpulan lelaki dijuarai oleh Kumpulan Wakenabeb yang dianggotai oleh Razuan, Mohd. Zaki, Syam, dan Wan Azrin dengan mata sebanyak 750 pin.
Bagi best baller lelaki telah dimenangi oleh Mohd. Zaki bin Mohd. Ariff dengan inilai mata tertinggi sebanyak 280 pin.

Tahniah! kepada semua pemenang. Yang tidak berjaya, kegagalah anda bukan kegagalan selamanya. Cuba lagi!

Talimat Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Secara Online

23 Julai 2010 - Taklimat Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Secara Online telah diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, bermula pada jam 9:00 pagi. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Azri bin Hohad, Timbalan Pendaftar (Perkhidmatan) dari Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar dan En. Helmee bin Yaacob dari Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT).

Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan gred-gred jawatan dalam perkhidmatan yang diwajibkan mengambil peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan pengesahan jawatan dalam perkhidmatan. Selain itu, staf juga dimaklumkan mengenai Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan bagi Pembantu Setiausaha Pejabat, Gred N17 dan juga Setiausaha Pejabat, Gred N27. Taklimat ini telah dibantu oleh pihak CICT bagi menerangkan cara-cara permohonan tersebut dilakukan secara online melalui sistem HrFin.

Up
load!
1. Slide Taklimat Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Secara Online
2
. Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat, Gred N17
3. Suka
tan Peperiksaan Perkhidmatan Setiausaha Pejabat, Gred N27

Wednesday, July 21, 2010

Program Bank Idea di HCM, Pejabat Pendaftar




Sebagai salah satu penggerak Inovasi di HCM, kumpulan Bank Idea HCM telah diwujudkan mulai pada 10 Jun 2010 dengan diterajui oleh Tn. Hj. Hassan bin Husin (Timbalan Pendaftar Kanan). Ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai gred N22 dan ke atas. Kumpulan ini telah mengambil inisiatif dengan menjemput Prof. Dr. Ahmad Kamal bin Idris sebagai Penasihat Inovasi. Pertemuan ahli kumpulan diadakan pada setiap hari Rabu petang, selama satu jam. Pada peringkat permulaan, kumpulan ini banyak membicarakan isu-isu inovasi, dan punca-punca yang menyebabkan inovasi gagal.

Gerakan Inovasi di HCM, Pejabat Pendaftar


Revolusi pemikiran kreatif dan inovatif membolehkan terhasilnya inovasi serta tenaga pakar yang bersifat fleksibal dan dinamik. Bertitik tolak daripada perutusan Y. Bhg, Naib Canselor UTM pada awal tahun 2010, Bahagian Pengurusan Modal Insan telah mengambil langkah bijak dengan menggembeling seluruh warganya supaya berani berubah dari segumpal darah.


Seluruh staf HCM dituntut agar berminda kreatif dan mengenalpasti inovasi yang paling sesuai dalam tugasan mereka. Lanjutan daripada itu, Bahagian Pengurusan Modal Insan yang mempunyai empat (4) seksyen telah diminta supaya menyediakan lima (5) inovasi bagi setiap seksyen.


Hendak berhijrah atau melakukan sesuatu inovasi sehingga ianya mencapai tahap penghasilan yang boleh dibanggakan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Usah kita melihat selepas kejayaan Rasulullah SAW menubuhkan kerajaan Madinah, tetapi hayati bagaimana terhimpunnya idea-idea bernas yang dicetuskan oleh Baginda serta pengikutnya sehingga tertubuhnya Madinah sebagai satu institusi yang sangat dikagumi.


Oleh sebab itu, warga HCM dinasihatkan supaya bermulalah dengan gear satu. Ayuh! Kita tingkatkan usaha dan biakkan inovasi supaya segala limau yang masam di sekeliling kita menjadi jus yang lazat dan digemari ramai. Gunakan keberanian, daya fikir, ilmu dan peluang yang ada untuk berubah supaya tidak rebah.