Sunday, July 17, 2011

Program Percambahan Minda Kelas Pertama



Program ini berkonsepkan Latihan Dalam Perkhidmatan di mana sebanyak 27 tajuk telah dikenalpasti sebagai modul yang perlu disampaikan kepada semua Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang menguruskan modal insan di UTM. Program ini dimulakan dengan tajuk modul “Pengurusan Modal Insan: Arah dan Hala Tuju. Tajuk ini sangat penting sebagai modul pembaikan program kerana memberi gambaran menyeluruh keseluruhan perancangan modal insan kepada semua Pembantu Tadbir Pengurusan Modal Insan Fakulti/ Bahagian.


Pada mulanya program ini telah diadakan pada setiap minggu. Walau bagaimanapun, setelah mengambil kira maklumbalas peserta, kos, masa dan keperluan Universiti, pihak Universiti melalui Mesyuarat Pengurusan Modal Insan (Fakulti/ Bahagian) bil.1/2011 telah membuat keputusan menggabungkan semua baki modul ke dalam satu program yang diadakan selama 3 hari 2 malam. Program ini telah dijalankan di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur. Seramai 70 orang peserta telah hadir mengikuti program ini. Peserta yang hadir bukan sahaja dari kalangan Pembantu Tadbir (P/O) yang menguruskan modal insan tetapi juga Pegawai Tadbir yang masih baru dalam bidang pengurusan modal insan. Hasil daripada Program Percambahan Minda Kelas Pertama ini 100% peserta bersetuju kursus ini berkesan untuk dipraktikkan dalam kerja harian mereka dan mencadangkan supaya kursus ini perlu ditawarkan kepada staf lain.


Sekalung Tahniah! dan terima kasih kepada semua Penceramah, Peserta dan Urusetia Pejabat Pendaftar di atas segala penglibatan saudara, kerjasama, bantuan dan komitmen yang telah diberikan di dalam menjayakan program ini untuk menghasilkan staf berkelas tinggi dalam pengurusan modal insan di UTM.