Sunday, July 17, 2011

Program Percambahan Minda Kelas Pertama



Program ini berkonsepkan Latihan Dalam Perkhidmatan di mana sebanyak 27 tajuk telah dikenalpasti sebagai modul yang perlu disampaikan kepada semua Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang menguruskan modal insan di UTM. Program ini dimulakan dengan tajuk modul “Pengurusan Modal Insan: Arah dan Hala Tuju. Tajuk ini sangat penting sebagai modul pembaikan program kerana memberi gambaran menyeluruh keseluruhan perancangan modal insan kepada semua Pembantu Tadbir Pengurusan Modal Insan Fakulti/ Bahagian.


Pada mulanya program ini telah diadakan pada setiap minggu. Walau bagaimanapun, setelah mengambil kira maklumbalas peserta, kos, masa dan keperluan Universiti, pihak Universiti melalui Mesyuarat Pengurusan Modal Insan (Fakulti/ Bahagian) bil.1/2011 telah membuat keputusan menggabungkan semua baki modul ke dalam satu program yang diadakan selama 3 hari 2 malam. Program ini telah dijalankan di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur. Seramai 70 orang peserta telah hadir mengikuti program ini. Peserta yang hadir bukan sahaja dari kalangan Pembantu Tadbir (P/O) yang menguruskan modal insan tetapi juga Pegawai Tadbir yang masih baru dalam bidang pengurusan modal insan. Hasil daripada Program Percambahan Minda Kelas Pertama ini 100% peserta bersetuju kursus ini berkesan untuk dipraktikkan dalam kerja harian mereka dan mencadangkan supaya kursus ini perlu ditawarkan kepada staf lain.


Sekalung Tahniah! dan terima kasih kepada semua Penceramah, Peserta dan Urusetia Pejabat Pendaftar di atas segala penglibatan saudara, kerjasama, bantuan dan komitmen yang telah diberikan di dalam menjayakan program ini untuk menghasilkan staf berkelas tinggi dalam pengurusan modal insan di UTM.


Wednesday, September 1, 2010

Majlis Berbuka Puasa 1431H

28 Ogos 2010 - Majlis Berbuka Puasa anjuran HCM telah diadakan di Johor Club Country, Johor Bahru.

Friday, August 13, 2010

Program Pelita Ilmu - Jun 2010

14 Jun 2010 – Ceramah mengenai rasuah telah diadakan di Dewan Jamuan, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Ceramah tersebut bertajuk “Rasuah: Wabak Penyakit dan Jenayah Tamadun, Bangsa dan Negara”. Ceramah ini disampaikan oleh Y. Bhg. Prof. Selamat bin Hashim dari Fakulti Tamadun Islam.

Majlis Maulidur Rasul

12 Mac 2010 - Majlis Maulidur Rasul telah diraikan oleh semua staf Bahagian Pengurusan Modal Insan (HCM) dan juga staf Urusetia Lembaga Pengarah (ULP). Majlis ini telah menjemput Y. Bhg. Prof. Selamat Hashim dari Fakulti Tamadun Islam sebagai Penceramah. Antara Pegawai yang telah hadir ke Majlis ini ialah Pendaftar (Hj. Wan Mohd. Zawawi bin Wan Abd. Rahman), Timbalan Pendaftar Kanan HCM (Hj. Hassan bin Husin), Puan Siti Hawa Man, Encik Azri bin Hohad dan Encik Khairull Azmi bin Ishak.



Kepada Ahli Kelab HCM sekalung taniah dan terima kasih kerana menyajikan majlis ini dengan jayanya. Kepada staf yang tidak hadir, dengarlah ceramah yang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Prof. Selamat Hashim.

Kursus MPK dan FM

3 Mei 2010 – Satu taklimat mengenai Kepentingan Implementasi Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) telah diadakan oleh pihak HCM. Taklimat ini diadakan khusus kepada semua staf HCM dan juga Urusetia Lembaga Pengarah (ULP) di Bilik Mesyuarat Utama. Pihak HCM telah menjemput En. Azham bin Ramli dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk membimbing semua staf sebelum satu bengkel khusus bagi pelaksanaan dokumen tersebut diadakan.

Bengkel susulan bagi pelaksanaan MPK dan FM telah diadakan pada 7 hingga 8 Mei 2010 di Mercure Johor Palm Resort & Golf, Senai. Objektif kursus yang diadakan ialah:
(i) HCM mempunyai dokumen MPK yang lengkap dan jelas untuk dijadikan sebagai rujukan rasmi Bahagian,
(ii) Staf memahami kepentingan FM dan sentiasa peka untuk menyemak serta mengemaskini FM masing-masing,
(iii) Mengurangkan kesilapan apabila sesuatu operasi kerja dilakukan, dan
(iv) Wujud sistem kerja yang lebih tersusun dan sistematik.

Thursday, August 5, 2010

Majlis Hari Jadi dan Tahlil Menyambut bulan Ramadhan

6 Ogos 2010 - 6 Ogos 2010 – Pihak HCM telah mengadakan majlis Tahlil sempena meraikan kedatangan bulan Ramadhan. Majlis ini diadakan di ruang legar Pejabat Pendaftar.

Pada masa yang sama juga, pihak HCM berbesar hati mengadakan Majlis Jamuan Hari Kelahiran Staf yang lahir pada bulan Mei, Jun dan Julai. Majlis ini dihadiri oleh semua staf HCM dan ULP.

100 Songs For Kids...


Antara staf yang diraikan ialah:
Puan Nurun Nazrah Ahmad (12 Mei)
Encik Zulkeflee Sarman (29 Mei)
Puan Siti Nurhayati Saiaan (29 Mei )
Cik Haslina Mohamad Yatim (4 Jun)
Cik Nurshahida Karim (4 Jun)
Encik Khairull Azmi Ishak (7 Jun)
Encik Mohd Fadzlie bin Mohd Noor (7 Jun)
Encik Wan Mohd. Zawawi bin Wan Abd Rahman (17 Jun)
Puan Siti Wahidha binti Sharifuddin (17 Jun)
Puan Hadijah binti Nasir (31 Julai)

Saturday, July 24, 2010

Perlawanan Bowling

25 Julai 2010 - Kelab HCM menganjurkan aktiviti sukan untuk staf HCM dan juga ahli keluarga staf. Aktiviti ini yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru bukan sahaja pertandingan Bowling untuk orang dewasa, tetapi juga turut mengadakan pertandingan untuk anak-anak staf seperti peraduan mewarna. Aktiviti ini bermula pada jam 9:00 pagi dan berakhir sehingga jam 1:00 petang.

Perlawanan Bowling kumpulan wanita telah dimenangi oleh Kumpulan Wonder Girls (579 mata). Kumpulan ini terdiri daripada Nur Shahida, Nurul Ain, Siti Wahidha, dan.Ana. Bagi best baller wanita telah dimenangi oleh Cik Siti Aishah Md. Johari dengan nilai mata tertinggi sebanyak 214 pin.


Manakala kumpulan lelaki dijuarai oleh Kumpulan Wakenabeb yang dianggotai oleh Razuan, Mohd. Zaki, Syam, dan Wan Azrin dengan mata sebanyak 750 pin.
Bagi best baller lelaki telah dimenangi oleh Mohd. Zaki bin Mohd. Ariff dengan inilai mata tertinggi sebanyak 280 pin.

Tahniah! kepada semua pemenang. Yang tidak berjaya, kegagalah anda bukan kegagalan selamanya. Cuba lagi!

Talimat Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Secara Online

23 Julai 2010 - Taklimat Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Secara Online telah diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, bermula pada jam 9:00 pagi. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Azri bin Hohad, Timbalan Pendaftar (Perkhidmatan) dari Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar dan En. Helmee bin Yaacob dari Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT).

Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan gred-gred jawatan dalam perkhidmatan yang diwajibkan mengambil peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan pengesahan jawatan dalam perkhidmatan. Selain itu, staf juga dimaklumkan mengenai Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan bagi Pembantu Setiausaha Pejabat, Gred N17 dan juga Setiausaha Pejabat, Gred N27. Taklimat ini telah dibantu oleh pihak CICT bagi menerangkan cara-cara permohonan tersebut dilakukan secara online melalui sistem HrFin.

Up
load!
1. Slide Taklimat Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Secara Online
2
. Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat, Gred N17
3. Suka
tan Peperiksaan Perkhidmatan Setiausaha Pejabat, Gred N27

Wednesday, July 21, 2010

Program Bank Idea di HCM, Pejabat Pendaftar




Sebagai salah satu penggerak Inovasi di HCM, kumpulan Bank Idea HCM telah diwujudkan mulai pada 10 Jun 2010 dengan diterajui oleh Tn. Hj. Hassan bin Husin (Timbalan Pendaftar Kanan). Ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai gred N22 dan ke atas. Kumpulan ini telah mengambil inisiatif dengan menjemput Prof. Dr. Ahmad Kamal bin Idris sebagai Penasihat Inovasi. Pertemuan ahli kumpulan diadakan pada setiap hari Rabu petang, selama satu jam. Pada peringkat permulaan, kumpulan ini banyak membicarakan isu-isu inovasi, dan punca-punca yang menyebabkan inovasi gagal.

Gerakan Inovasi di HCM, Pejabat Pendaftar


Revolusi pemikiran kreatif dan inovatif membolehkan terhasilnya inovasi serta tenaga pakar yang bersifat fleksibal dan dinamik. Bertitik tolak daripada perutusan Y. Bhg, Naib Canselor UTM pada awal tahun 2010, Bahagian Pengurusan Modal Insan telah mengambil langkah bijak dengan menggembeling seluruh warganya supaya berani berubah dari segumpal darah.


Seluruh staf HCM dituntut agar berminda kreatif dan mengenalpasti inovasi yang paling sesuai dalam tugasan mereka. Lanjutan daripada itu, Bahagian Pengurusan Modal Insan yang mempunyai empat (4) seksyen telah diminta supaya menyediakan lima (5) inovasi bagi setiap seksyen.


Hendak berhijrah atau melakukan sesuatu inovasi sehingga ianya mencapai tahap penghasilan yang boleh dibanggakan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Usah kita melihat selepas kejayaan Rasulullah SAW menubuhkan kerajaan Madinah, tetapi hayati bagaimana terhimpunnya idea-idea bernas yang dicetuskan oleh Baginda serta pengikutnya sehingga tertubuhnya Madinah sebagai satu institusi yang sangat dikagumi.


Oleh sebab itu, warga HCM dinasihatkan supaya bermulalah dengan gear satu. Ayuh! Kita tingkatkan usaha dan biakkan inovasi supaya segala limau yang masam di sekeliling kita menjadi jus yang lazat dan digemari ramai. Gunakan keberanian, daya fikir, ilmu dan peluang yang ada untuk berubah supaya tidak rebah.