Wednesday, July 21, 2010

Gerakan Inovasi di HCM, Pejabat Pendaftar


Revolusi pemikiran kreatif dan inovatif membolehkan terhasilnya inovasi serta tenaga pakar yang bersifat fleksibal dan dinamik. Bertitik tolak daripada perutusan Y. Bhg, Naib Canselor UTM pada awal tahun 2010, Bahagian Pengurusan Modal Insan telah mengambil langkah bijak dengan menggembeling seluruh warganya supaya berani berubah dari segumpal darah.


Seluruh staf HCM dituntut agar berminda kreatif dan mengenalpasti inovasi yang paling sesuai dalam tugasan mereka. Lanjutan daripada itu, Bahagian Pengurusan Modal Insan yang mempunyai empat (4) seksyen telah diminta supaya menyediakan lima (5) inovasi bagi setiap seksyen.


Hendak berhijrah atau melakukan sesuatu inovasi sehingga ianya mencapai tahap penghasilan yang boleh dibanggakan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Usah kita melihat selepas kejayaan Rasulullah SAW menubuhkan kerajaan Madinah, tetapi hayati bagaimana terhimpunnya idea-idea bernas yang dicetuskan oleh Baginda serta pengikutnya sehingga tertubuhnya Madinah sebagai satu institusi yang sangat dikagumi.


Oleh sebab itu, warga HCM dinasihatkan supaya bermulalah dengan gear satu. Ayuh! Kita tingkatkan usaha dan biakkan inovasi supaya segala limau yang masam di sekeliling kita menjadi jus yang lazat dan digemari ramai. Gunakan keberanian, daya fikir, ilmu dan peluang yang ada untuk berubah supaya tidak rebah.

No comments:

Post a Comment